Lukisan Oblik. Bagaimana?

Konsep Lukisan Oblik
Lukisan Ortografik hanya menunjukkan satu permukaan pelan gambarajah ortografik.
Objek oblik mempunyai pelan permukaan kiub yang selari dan 2 permukaan yang condong berdasarkan kepada condongan sudut objek.


Perbandingan antara lukisan Ortografik dan Oblik



Paksi Oblik
- Paksi belakang adalah cenderung kepada paksi mendatar
- Kebiasaannya menggunakan sudut 30, 45, 60
- Paksi mendatar adalah yang bersudut tepat dengan sesutu garisan pada paksi menegak


Kesan sudut terhadap lukisan Oblik


Jenis lukisan Oblik
Terdapat tiga jenis lukisan Oblik iaitu :
1. Kavalier (Saiz penuh)
2. Kabinet (Saiz separuh)
3. Am (Saiz 3/4)


Pembinaan lukisan Oblik
Antara jenis kaedah pembinaan lukisan Oblik termasuklah :
1. Kaedah Kotak
2. Kaedah Bingkai
3. Kaedah Empat Titik


Kaedah Kotak







Kaedah Bingkai





Kaedah 4 Titik





Kelebihan lukisan Oblik
- Mudah dilukis berbanding Isometri
- Menggunakan satu sudut sahaja
- Bulatan boleh dielakkan daripada dilukis berbentuk elips

Kelemahan lukisan Oblik
- Tidak memperlihatkan ketepatan penglihatan terutama jika objek tersebut berbentuk panjang
- Sudut unjuran besar, bahagian unjuran pendek
- Sudut unjuran kecil, bahagian unjuran panjang

 

Mari Melukis Isometri!!

Assalamualaikum, baiklah kali ini kami tunjukkan bagaimana melukis lukisan isometri dengan menggunakan sudut Biasa, sudut terbalik dan sudut panjang. diharapkan dengan video yang disediakan ini dapat memberikan lebih kefahaman kepada anda

Baiklah untuk video yang pertama ini menunjukkan cara melukis dengan sudut 30°. paksi Biasa dan paksi terbalik adalah sama dimana kiri dan kanan adalah 30° cuma kedudukan paksi biasa adalah diatas manakala paksi terbalik adalah di bawah.




Bagaimana? Sudah dapat gambaran bagaimana melukis dengan paksi biasa atau paksi terbalik. Baiklah video dibawah adalah video untuk melukis paksi panjang. Seperti yang diterangkan sebelum ini, paksi panjang digunakan bagi melukid objrk ysng panjang.


  

 Jadi bagaimana, sudah jelas dengan bagaimana mahu melukis lukisan isometri menggunakan paksi-paksi yang telah kita pelajari sebelum ini. Alhamdulillah jika sudah jelas. jadi akan datang kita akan pelajari pula Apa itu lukisan Oblik. Nantikan di entri akan datang. Jumpa Lagi
 

Melukis Isometri, Bagaimana?

Assalamualaikum dan salan sejahtera, sudah buat ulangkaji mengenai lukisan Isometri? Baiklah kali ini, kita akan sama sama mendalami lagi mengenai Isometrik, bagaimana mahu melukisnya?


Baiklah, untuk permulaan ini, kita kenal dahulu dengan paksi isometri,
"Paksi isometri? apa tu? untuk apa kita ketahui paksi-paksi ni??"
Dengan mengetahui paksi isometri ini, memudahkan kita melukis objek dengan menyatakan segala maklumat yang ada pada objek mengikut kesesuaian. Paksi Isometri ini perlu berkedudukan 120 darjah tidak kira dari mana sudut permulaan yang kita ambil. terdapat 3 paksi


  • Paksi Biasa
  • Paksi Panjang
  • Paksi Terbalik.
Paksi Biasa
Paksi ini adalah paksi yang biasa digunakan untuk melukis objek, Paksi ini dilukis dengan sudut sama 30 darjah di kiri dan kanan. pada paksi ini, butiran objek dilukis dengan jelas di sebelah atas


Paksi PanjangPada paksi ini, sesuai untuk melukis objek yang berbentuk panjang, caranya, garisan condong 120 darjah dilukis mendatar dan satu paksi isometri dolukis selaridengan garisan mengufuk.


Paksi Terbalik Pada Paksi Ini, segala butiran objek dilukis di bahagian bawah, dengan darjahnya menghala dibawah, sama 30 darjah dikiri dan kanan.


Macam mana? mudahkan? melukis isometri ini tidak kira macam mana sekalipun asalkan dia mempunya paksi-paksi seperi diatas. Selepas ini. kita akan mempelajari dengan lebih lanjut pula mengenai lukisan Oblik. Mahu tahu apa itu Oblik? Nantikan...
 

Isometri, Apa itu?

Assalamualaikum, kembali lagi kita di entri berikutnya, Sebelum ini, kita sudah mengetahui serba sedikit mengenai lukisan ortografik, masih ingat apa itu ortografik? kalau sudah lupa, boleh kembali ke Entri kami yang lalu Unjuran Ortografik itu apa?


Baiklah kali ini, kita akan berembang pula mengenai Lukisan Isometrik,
"alama, Isometrik ni apa pula?"
haha jangan risau, mari kita sama berbincang mengenai apa itu Isometrik.




Dari gambar ini, apa maklumat yang anda dapat?
Ya, sudut kiri dan kanannya adalah 30 darjah. ini bermakna sudut paksi unjuran isometri (paksi isometri) adalah sama 120 darjah




  •  Garis yang selari dengan Paksi Isometri dinamakan garisan isometri
  • permukaan yang selari dengan paksi isometri pula namanya rataan isometri
"Tapi apa beza pula Lukisan Isometri dengan Unjuran Isometri?"
eemmm soalan yang baik, secara kasarnya, kedua-duanya adalah sama, apa yang membezakan kedua dua isometri ini adalah, saiz lukisan objek tersebut


  •  Lukisan Isometrik dilukis dengan skala 1:1 bermakna menggunakan skala asal
  • Unjuran Isometrik pula kecil sedikit iaitu bersaiz 80% dari skala asal, ini bermana nisbah skalanya adalah 0.8:1
Jadi sudah dapat gambaran apa itu Isometrik? untuk cara melukisnya, kita akan bersambung di entri yang seterusnya. sehingga berjumpa lagi

 

Macam Mana Nak lukis Unjuran Sudut Ke 3?

Untuk kali ini, kita belajar pula tentang bagaimana mahu melukis unjuran sudt ketiga. Seperti yang kita sudah maklum, sebelum ini dalam Unjuran Ortografik terdapat tiga arah pandangan dalam unjuran ortografik, iaitu :
Pandangan Pelan :-Pada pelan, kita akan dapat melihat ukuran kelebaran dan kedalaman sebenar bagi satu objek. (B)


Pandangan Hadapan :-Pandangan hadapan ialah pandangan yang berada pada permukaan hadapan benda kerja. Pandangan ini akan memberi ukuran sebenar ketinggian dan kelebaran objek.(A)


Pandangan Sisi :- Pandangan sisi diperoleh dengan memandang secara tepat permukaan sisi objek. Ia akan memberikan ketinggian dan kedalaman sesuatu objek. (C)
contoh gambaran satah pandangan


 Tetapi bagaimana mahu menentukan pandangan ini? Bagaimana jika ini berubah-rubah kedudukan? oleh itu disini ada satu tips sebelum memulakan lukisan, iaitu menentukan dahulu arah hadapan objek.


Arah pandangan ini adalah arah pandangan hadapan hadapan objek. Setelah ditentukan pandangan hadapan kemudian barulah ditentukan arah pandangan yang lain. Antara ciri-ciri untuk menentukan pandangan hadapan sesuatu objek ialah :
  1. Arah pandangan hadapan lebih tinggi jika dibandingan dengan arah pandangan yang lain.
  2. Arah pandangan tersebut mengandungi maklumat yang paling banyak mengenai bentuk objek, lebih kompleks dan luas permukaannya.

Ok selepas kita sudah dapat pandangan hadapan, barulah kita boleh tentukan pandangan-pandangan yang lain. Baiklah sekarang mari kita mulakan melukis!









 

Unjuran Sudut Pertama Vs Sudut Ke3, Apa Beza?




JENIS-JENIS UNJURAN ORTOGRAFIK.
Anda telahpun membina pandangan pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Pembelajaran kita seterusnya ialah menyentuh tentang jenis – jenis unjuran ortografik. Unjuran ortografik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

i. Unjuran sudut pertama
ii. Unjuran sudut ketiga

Unjuran sudut pertama.

Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya. Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut tepat. rajah menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.


 Lukisan bergambar bagi sebuah objek padu



Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian – bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil. Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C ( sebelah kiri objek ). Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi. Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan
dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. Rajah menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan ortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklah diberi tajuk agar pembaca tidak keliru.


 Kedudukan satah dalam sudut pertama



Unjuran sudut ketiga.

Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagaiunjuran Amerika. Kini penggunannya telah meluas di seratadunia. Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah – satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah – satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C. Ketiga –tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam rajah 4.14.


 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga



Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dandi bentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil,seperti dalam rajah 4.15.




 Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan


Disini Kami ada sediakan satu video mengenai Ujuran Sudut ke 3, nak tonton?

 

Unjuran Ortografik itu apa?





Ortografik ialah mengenai kaedah bagaimana untuk memaparkan bentuk sesuatu komponen atau objek di atas kertas lukisan berdasarkan jenis unjuran arah pandangan. Unjuran arah pandangan ini akan memaparkan arah pandangan ini bergantung kepada pemilihan arah yang diunjurkan ke satah paparan untuk membentuk satu unjuran ortografik.


Lukisan Unjuran ortografik juga bolehlah dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina.

Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itu diperolehi. Ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan.

Terdapat dua jenis lukisan ortografik, iaitupandangan unjuran sudut pertama dan pandangan unjuran sudut ketiga. Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh mengambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar.


Apa pula unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga
nantikan di entri akan datang...Jumpa Lagi