Lukisan Kejuruteraan? Kenapa Mesti...?




Lukisan kejuruteraan adalah satu matapelajaran asas yang penting kepadapelajar kejuruteraan. Ia merupakan bahasa kejuruteraan dan bahasa grafik yang digunakan dalam bidang kejuruteraan.Hari ini, lukisan kejuruteaan telah telah diterima sebagai media yang digunakan oleh saintis, jurutera, pereka bentuk, juruteknik mahupun mahupun pekerja pengeluaran. Penglibatan lukisan kejuruteraan dalam bidang jurutera adalah menyeluruh. Bermula dari pengetahuan asas, lakaran sehingga peringkat penyelenggaraan. 


Oleh kerana lukisan kejuruteraan mempunyai fungsi utama dalam proses kejuruteraan, ia dianggap sebagai suatu alat pengajaran dan bukan sebagai suatu kerja seni. Suatu lukisan kejuruteraan mestilah mudah, tepat dan jitu.Kefahaman yang mudah dalam lukisan kejuruteraan adalah penting kerana lukisan tersebut menyampaikan suatu maksud atau menerangkan suatu yang diperlukan untuk suatu tujuan.

Dengan kata lain, lukisan kejuruteraan ini adalah awalan sebelum sesuatu dibina, bagi membantu menentukan tahap kesesuaian dan kepenggunaan bahan sebelum sesuatu dibangunkan.

Dizaman serba canggih ini, perlbagai kemudahan telah tercipta bangi membantu memudahkan proses lukisan kejuruteraan. Perisian seperti Autocad, Autodesk Inventor mahupun Google schetch adalah  software  atau aplikasi membantu membentuk sesebuah idea dengan lebihtepat mengikut skala.

Jadi Kenapa Lukisan Kejuruteraan? Kerana Lukisan ini adalah penting dalam sesebuah proses kejuruteraan. penghasilannya membantu pereka sesuatu produk membayangkan rupa awalan produk tersebut dan dapat menegetahui tahap fizikal dalam bentuk lakaran kejuruteraan.

Penulis : Jangka+Lukis ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Lukisan Kejuruteraan? Kenapa Mesti...? ini dipublish oleh Jangka+Lukis pada hari Friday 30 March 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Lukisan Kejuruteraan? Kenapa Mesti...?
 

0 comments:

Post a Comment