Macam Mana Nak lukis Unjuran Sudut Ke 3?

Untuk kali ini, kita belajar pula tentang bagaimana mahu melukis unjuran sudt ketiga. Seperti yang kita sudah maklum, sebelum ini dalam Unjuran Ortografik terdapat tiga arah pandangan dalam unjuran ortografik, iaitu :
Pandangan Pelan :-Pada pelan, kita akan dapat melihat ukuran kelebaran dan kedalaman sebenar bagi satu objek. (B)


Pandangan Hadapan :-Pandangan hadapan ialah pandangan yang berada pada permukaan hadapan benda kerja. Pandangan ini akan memberi ukuran sebenar ketinggian dan kelebaran objek.(A)


Pandangan Sisi :- Pandangan sisi diperoleh dengan memandang secara tepat permukaan sisi objek. Ia akan memberikan ketinggian dan kedalaman sesuatu objek. (C)
contoh gambaran satah pandangan


 Tetapi bagaimana mahu menentukan pandangan ini? Bagaimana jika ini berubah-rubah kedudukan? oleh itu disini ada satu tips sebelum memulakan lukisan, iaitu menentukan dahulu arah hadapan objek.


Arah pandangan ini adalah arah pandangan hadapan hadapan objek. Setelah ditentukan pandangan hadapan kemudian barulah ditentukan arah pandangan yang lain. Antara ciri-ciri untuk menentukan pandangan hadapan sesuatu objek ialah :
  1. Arah pandangan hadapan lebih tinggi jika dibandingan dengan arah pandangan yang lain.
  2. Arah pandangan tersebut mengandungi maklumat yang paling banyak mengenai bentuk objek, lebih kompleks dan luas permukaannya.

Ok selepas kita sudah dapat pandangan hadapan, barulah kita boleh tentukan pandangan-pandangan yang lain. Baiklah sekarang mari kita mulakan melukis!









Penulis : Jangka+Lukis ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Macam Mana Nak lukis Unjuran Sudut Ke 3? ini dipublish oleh Jangka+Lukis pada hari Friday, 6 April 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Macam Mana Nak lukis Unjuran Sudut Ke 3?
 

0 comments:

Post a Comment