Unjuran Sudut Pertama Vs Sudut Ke3, Apa Beza?




JENIS-JENIS UNJURAN ORTOGRAFIK.
Anda telahpun membina pandangan pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Pembelajaran kita seterusnya ialah menyentuh tentang jenis – jenis unjuran ortografik. Unjuran ortografik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

i. Unjuran sudut pertama
ii. Unjuran sudut ketiga

Unjuran sudut pertama.

Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya. Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut tepat. rajah menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.


 Lukisan bergambar bagi sebuah objek padu



Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian – bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil. Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C ( sebelah kiri objek ). Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi. Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan
dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. Rajah menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan ortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklah diberi tajuk agar pembaca tidak keliru.


 Kedudukan satah dalam sudut pertama



Unjuran sudut ketiga.

Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagaiunjuran Amerika. Kini penggunannya telah meluas di seratadunia. Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah – satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah – satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C. Ketiga –tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam rajah 4.14.


 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga



Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dandi bentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil,seperti dalam rajah 4.15.




 Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan


Disini Kami ada sediakan satu video mengenai Ujuran Sudut ke 3, nak tonton?

Penulis : Jangka+Lukis ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Unjuran Sudut Pertama Vs Sudut Ke3, Apa Beza? ini dipublish oleh Jangka+Lukis pada hari Tuesday, 3 April 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Unjuran Sudut Pertama Vs Sudut Ke3, Apa Beza?
 

0 comments:

Post a Comment