Ortografik ialah mengenai kaedah bagaimana untuk memaparkan bentuk sesuatu komponen atau objek di atas kertas lukisan berdasarkan jenis unjuran arah pandangan. Unjuran arah pandangan ini akan memaparkan arah pandangan ini bergantung kepada pemilihan arah yang diunjurkan ke satah paparan untuk membentuk satu unjuran ortografik.
Lukisan Unjuran ortografik juga bolehlah dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina.
Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itu diperolehi. Ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan.
Terdapat dua jenis lukisan ortografik, iaitupandangan unjuran sudut pertama dan pandangan unjuran sudut ketiga. Dalam kaedah unjuran ortografik kita perlu peka dan tahu bagaimana untuk menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu dari sesuatu lukisan objek tersebut. Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh mengambarkan atau menunjukkan bentuk permukaan objek yang sebenar.
Apa pula unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga
nantikan di entri akan datang...Jumpa Lagi
0 comments:
Post a Comment